Tampilkan postingan dengan label anggota. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anggota. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Seorang Anggota Bomba Maut Dalam Kemalangan

- 0 komentar

BUTTERWORTH – Seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja bila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Ampang Jajar, di sini, hari ini.

Mangsa, Shamsuddin Mohd Kasim, 49, yang bertugas di Unit Marin Butterworth meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Shamsuddin yang berkhidmat sebagai anggota bomba sejak 30 tahun, maut selepas mengalami kecederaan parah termasuk di tulang belakang manakala pemandu kenderaan yang terbabit melarikan diri.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah Insp Mohd Yasir Abu Bakar di talian 04-5301977.

Sementara itu, isteri mangsa Zarina Raizul Haq, 40-an berkata suaminya sempat berbual dengan dua anak mereka, Mohd Izzat, 15, dan Shamira, 9, semasa bersarapan sebelum arwah keluar dari rumah di Kuarters Bomba Bandar Perda, di sini.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia juga berbual macam biasa dengan kami. Cuma sebelum keluar pagi tadi dia sempat memeluk dan mencium Shamira.

“Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Mayat Shamsudin dihantar ke HSJ untuk bedah siasat. – BERNAMA
[Continue reading...]

Minggu, 16 Februari 2014

Anggota PDRM Perlu Ditambah Segera

- 0 komentar

Kemaman – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berpandangan penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah keperluan segera yang tidak boleh lagi ditangguhkan.

Katanya dengan mengambil kira situasi semasa, faktor tidak ada peruntukan sudah tidak boleh diterima kerana keselamatan rakyat harus diutamakan.

Sememangnya PDRM yang dibahagikan kepada beberapa jabatan, masih kekurangan anggota dan ini membataskan lagi pergerakan dan operasi cegah jenayah, katanya kepada pemberita selepas program Tayangan Pratonton dan Dialog Filem Tanda Putera, di sini Khamis malam.

Mengulas lanjut, Musa berkata ketika beliau mengetuai PDRM, beliau pernah memohon tambahan 60,000 anggota.

Mengenai peningkatan jenayah senjata api sejak kebelakangan ini, Musa berkata beliau percaya keadaan itu ada kaitan dengan penyeludupan senjata api ke negara ini.

Senjata api mudah diperoleh penjenayah menerusi pasaran gelap yang mendapat bekalan daripada penyeludup, justeru saya berpandangan kawalan di sempadan harus dipertingkatkan, katanya.

Menurut Musa, beliau difahamkan sejak April lepas terdapat 32 kes membabitkan penggunaan senjata api di negara ini.

Beliau juga menggesa PDRM agar tidak mudah tunduk dengan desakan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam, atas nama liberalisasi. – BERNAMA
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Igem Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger