Tampilkan postingan dengan label rendah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rendah. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

Rumah kos rendah dilulus 1997 belum dibina

- 0 komentar

Harakahdaily, 14 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Di dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan sebanyak 35,000 rumah mampu (RMM) milik di Selangor, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.

“Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk  memantau permohonan dan kelulusan RMM, menyelaras dan merancang pembinaannya,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, di antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti RMM termasuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang telah diwajibkan ke atas pemaju-pemaju untuk dibina.

Beliau berkata, tinjauan siasatan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang wajib dibina oleh pemaju tetapi masih belum lagi dibina.

Tambahnya, terdapat rumah-rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90-an di zaman Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang masih belum dibina.

Contohnya, ujar beliau Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam minggu ini mendapati 2 projek perumahan rumah kos sederhana dan rumah kos rendah yang melibatkan lebih 1,800 unit masih belum lagi dibina walaupun telah diluluskan seawal tahun 1997.

“Untuk mengelakkan perkara ini dari berulang, kerajaan negeri sekarang telah mewujudkan satu sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih cekap dan tegas agar pemaju-pemaju itu tidak mengabaikan tanggungjawab mereka,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga telah mewajibkan rumah mampu milik dan rumah kos rendah dibina serentak dengan rumah-rumah jenis lain.

Beliau menambah, beberapa pemaju terlibat juga telah dipanggil untuk memberi penjelasan kenapa mereka masih gagal membina rumah kos rendah yang telah diwajibkan ke atas mereka.

“Kerajaan negeri akan memastikan pembinaan rumah-rumah itu walaupun tanah yang terlibat telah dijual kepada pihak-pihak lain,” ujarnya yang juga Adun Chempaka.

[Continue reading...]

Rabu, 18 Desember 2013

Ringgit jatuh 15 tahun lebih rendah berbanding dolar Singapura

- 0 komentar
Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim 
Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimRinggit Malaysia jatuh 15 tahun lebih rendah apabila nilainya susut RM2.586 berbanding dolar Singapura

Setiap tahun, ringgit jatuh sebanyak 5.5 peratus, sekaligus berita gembira buat rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.
Aktiviti jualan berterusan yang dilakukan kerajaan Malaysia menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah," kata Pengarah Urusan, Aberdeen Asset Management’s Sdn Bhd, Gerald Ambrose kepada The Malaysian Insider.

 Mengikut laporan agensi berita Bloomberg hari ini pula, sebanyak 33 peratus hutang Malaysia kepada pihak asing, dikatakan bernilai US$2.9 bilion mencapai tempoh matang esok hingga menjadi antara punca keadaan pasaran tidak menentu.
Apapun, rakyat Malaysia yang bekerja di seberang Tambah Johor sepatutnya gembira dengan perkembangan itu berikutan sebahagian pendapatan kembali kepada mereka.

Bagaimanapun, kejatuhan ringgit itu yang menjadikan eksport Malaysia lebih murah, dijangka tidak memberi kesan besar berikutan permintaan sudah menurun pada separa awal tahun.
Pengukuhan dolar Singapura bakal menyaksikan lebih banyak pelaburan oleh rakyat republik itu dalam pasaran hartanah Malaysia yang sedia kala banyak didominasi mereka.

Rakyat Singapura antara warga asing yang aktif melibatkan diri dalam pasaran hartanah di Malaysia dan dipersalahkan kerana ia menyebabkan kenaikan mendadak harga hartanah di bandar utama di Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, warga asing hanya dibenar untuk membeli hartanah bernilai lebih RM500,000.
Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pula memberitahu The Malaysian Insider, usaha untuk mengkaji secara teliti punca kejatuhan ringgit dijangka memerlukan mengambil masa yang panjang. - 30 Julai, 2013.
The Malaysian Insider
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Igem Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger