Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013

Polis tahan semula Yazid Sufaat

- 0 komentar


  • Salhan K Ahmad
  • Malaysiakini Feb 7 2013
Polis hari ini menahan semula seorang bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) kerana disyaki "mempromosi kegiatan keganasan".

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, alasan penahanan itu diberitahu seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi penahanan Yazid di bangunan kompleks mahkamah Jalan Duta hari ini.

Fadiah berkata, beliau secara kebetulan berada di situ ketika kira-kira 15 orang anggota polis bertindak menahan Yazid, yang mengusahakan satu gerai makanan di kafeteria tersebut.

Turut ditahan dalam operasi pada kira-kira jam 12.30, tersebut ialah seorang pekerja Yazid, Muhammad Hilmi Hasim, yang berusia lingkungan 30-an, kata Fadiah.

Kedua-dua mereka merupakan individu pertama yang dikenakan tindakan mengikut akta baru tersebut.

Peruntukan berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk menahan kedua-dua individu tersebut selama 48 jam tanpa bantuan guaman.

Dalam satu kenyataan segera petang ini, NGO hak asasi Suaram mengutuk tindakan penahanan berkenaan dan menuntut agar kedua-duanya didakwa di mahkamah dalam tempoh 24 jam.

Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan pihak Polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan, kenyataan itu dipetik. 

Polis dalam kenyataan Mac tahun lalu menyebut, semua tahanan akta ISA sama ada yang baru atau lama sentiasa terus dipantau pihak polis, termasuk Yazid Sufaat yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan militan antarabangsa al-Qaeda.

Yazid – yang pernah digelar "salah seorang pengganas paling berbahaya di Asia" –  dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini antara lainnya berpendapat, militan sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.

Pakar biokimia itu juga mengakui bahawa pernah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda Osama bin Laden ketika berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001 dan menganggapnya sebagai penghormatan.
[Continue reading...]

Kamis, 19 Desember 2013

Polis janji beri ‘kerjasama’ untuk pastikan HKR paling aman

- 0 komentar

(Oleh Aisha Geoffrey)
Ketua Polis Negara (KPN) berjanji Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan menjadi detik bersejarah dan menjamin ia paling aman di bawah keselamatan anggotanya.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah HKR, Mohammad Sabu selepas pertemuan pihak penganjur bersama Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi.

Perbincangan khusus mengenai kelancaran HKR itu dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 4.10 petang.

“Penganjur dan polis sama-sama berazam untuk memastikan HKR menjadi himpunan aman dan berjalan lancar,” kata Mat Sabu kepada pemberita.
“Kita berbincang berpandukan Akta Perhimpunan Aman dan berjanji setiap pihak perlu mengikuti undang-undang tersebut,” jelasnya.
Pertemuan itu turut disertai 10 pimpinan Pakatan Rakyat termasuk wakil NGO.

Mereka terbabit ialah Setiausaha Agung dan dua Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, N Surendran dan Tian Chua; wakil PAS, Datuk Mustafa Ali dan Siti Zailah; wakil DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Liew Chin Tong.
Wakil NGO pula disertai Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah; Pengerusi Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Ishak Surin dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Saifuddin berkata, tugas polis adalah sebagai fasilitator yang akan memudahkan perjalanan himpunan itu nanti.
“Polis juga akan sediakan ‘marshal’ untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan hari tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Sabu menyatakan pihak sekretariat HKR belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran menggunakan Stadium Merdeka.
“Kita tunggu sampai 1 petang esok, sama ada dibenarkan atau tidak. Kemudian kami akan adakan mesyuarat jawatankuasa pada jam 4 petang. Selepas itu kita akan maklumkan kepada polis, media dan orang awam jika terdapat sebarang perpindahan lokasi,” jelasnya.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Igem Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger