Tampilkan postingan dengan label negara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label negara. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Selangor sumbang RM40 000 kepada wira negara

- 0 komentar

Harakahdaily 

Rizal Tahir, 27 Mac 2013

Dr Halimah menyampaikan sumbangan Kerajaan Selangor kepada ibu bapa allahyarham Ahmad Hurairah (atas) dan allahyarham Koperal Ahmad Farhan (bawah).


PASIR MAS: Kerajaan Selangor hari ini menyumbang sebanyak RM40,000 melalui Tabung Wira Rakyat Selangor kepada dua keluarga wira negara yang terkorban sewaktu bertugas di Lahad Datu baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali.

Sumbangan setiap anggota mangsa sebanyak RM20,000 masing-masing disampaikan kepada ibu bapa mereka di di perumahan Desa Darulnaim ll Pasir Tumbuh dan Kampung Bayu Lalang, Meranti, Pasir Mas.

Dr Halimah turut diiringi tiga orang pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Turut mengiringi rombongan kerajaan Selangor itu, anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar dan timbalannya Rohani Ibrahim.

Hadir sama, bekas anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi dan lain-lain pimpinan muslimat Kubang Kerian dan Pasir Mas.

Di Pasir Tumboh, sumbangan diberikan kepada ibu bapa allahyarham Koperal Ahmad Farhan, Rusilawati Ghani, 44 dan Roslan Hussan.

Menurut Halimah, kerajaan Selangor begitu simpati terhadap nasib yang dilalui kedua mangsa yang meninggal dunia ketika mempertahankan negara.

“Allahyarham Farhan walaupun meninggal dunia bukan kerana ditembak, tetapi tugasnya membawa bekalan kepada anggota tentera kita.

“Keduanya mempunyai tugasnya murni dan kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka di kalangan golongan syuhada,” ujarnya.

Di Pasir Mas, Dr Halimah menyerahkan cek kepada ibu bapa allahyarham Ahmad Hurairah, Rahmah Mamat, 50  dan Ismail Hussin, 55.

Ahmad Hurairah  terkorban pada 12 Mac lalu setelah ditembak oleh pengganas di Lahad Datu kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketika menyerahkan cek tersebut, Dr Halimah turut membaca surat rasmi yang dikirim Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isi surat tersebut antara lain menyatakan sumbangan allahyarham cukup besar dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Pengorbanan allahyarham sewajarnya ditulis dengan tinta emas kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi.

Sewajarnya pengorbanan allahyarham menjadi teladan bagi semua rakyat di negara ini.
[Continue reading...]

Selasa, 31 Desember 2013

Negara Terkecil di Dunia

- 0 komentar
Coba tebak, negara apa yang terkecil di dunia? Mungkin banyak yang menebak Vatikan atau San Marino. Tapi jawaban itu salah, yang benar adalah Sealand. Letaknya di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, Inggris Raya. Luasnya hanya 4 km persegi.

Sealand bukan sebuah pulau, melainkan struktur bangunan di tengah laut yang ditopang oleh dua menara besar. Jadi tak ubahnya seperti rig tempat pengeboran minyak. Walau tanpa pertambangan minyak tentunya.


Struktur ini dibangun oleh Angkatan Laut Kerajaan Inggris. Namun pada tahun 1968 pengadilan memutuskan struktur tersebut berada di wilayah perairan internasional, dan artinya di luar yurisdiksi Inggris.

Kemudian datanglah sekelompok orang dari Belanda ingin mengambil alih Sealand. Seorang pria bernama Michael Bates melawan dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan ia menobatkan diri sebagai Pangeran Sealand.

Hebatnya, Sealand mempunyai perangko sendiri, lagu kebangsaan, uang, hingga bendera nasional. Ironis, eksistensi Sealand jadi polemik bagi dunia internasional. Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggris memperluas teritori perairannya hingga mengklaim Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggris.

Walau demikian Bates tetap melawan dan mengajukan banyak argumen kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibangun. Lagipula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyerukan agar Bates membebaskan mereka. Ini artinya, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Nyatanya, kini hanya ada 4 orang. Ada-ada saja...
 
 
sumber
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Igem Blog - Posts · Comments
Powered by Blogger